About Me

My photo
Seorang ibu kepada 2 puteri, meminati dunia perniagaan tak kira secara online atau offline, frenly dan hardworking mums..

Tuesday, 3 May 2016

Hukm ke Ijn

Alkisahnya..tak sangka injap jantung yang saya tukar 2008 tu dh sempit balik..cuma bertahan 8 tahun sahaja daripafa yang doktor ramalkan iaitu 10-15 tahun. Sepertinya saya tak berniat untuk melakukan sebarang pembedahan lagi. Tapi doktor pakar kat hukm kata saya harus buat pembedahan sekali lagi juga sbb selain dari injap sy sempit, paru-paru sebelah kanan saya mengalami tekanan yang tinggi atau nama englishnya polmunary hypertension; kesan dari injap yang dh mula rosak balik. Pihak Hukm pun referkan saya ke Ijn atau Institut Jantung Negara. Tak sangka tul,dulu lalu je kat ctu kalu nak shopping ke pusat bandar,tak sangka pula giliran saya dah sampai untuk saya mendaftarkan diri kat situ.. 

Awal bulan Mac 2016 tu pun saya datang bersama suami saya. Seperti rusa masuk kampung,saya tak tahu selok belok di situ jadi saya kena rajin bertanya langkah2 yang saya perlu lakukan bagi pesakit yang baru saja masuk.. mula2 kena daftar untuk kes baru. walaupan orang kata kat situ boleh guna GL tetapi disebabkan surat rujukan saya takde cop dari pakar kardiologi jadi saya kena bayar dalam rm500 semasa pendaftaran dan mereka akan pulangkan duit sekiranya ada baki selepas ditolak semua bayaran rawatan. Macam saya masa tu mereka bagi balik baki rm291.10. Pada haritu juga saya diminta untuk melakukan x-ray pada bahagian dada dan ECG, ingatkan dah bole balik balik lepas jumpa doktor tetapi pada petang tu juga saya diminta untuk melakukan ujian Echo. Ujian tu seperti doktor nak sacan baby masa pregnant bezanya kali ni kat sekitar dada sebelah kiri kita dan dada kanan juga sebab doktor bedah perlu melihat sejauh mana kerosakan yang berlaku pada injap dan paru-paru saya. 

Untuk rawatan susulan,barula saya dibenarkan guna GL. 2 minggu selepas temujanji pertama saya datang semula untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah untuk membincangkan hal samada saya bersetuju untuk melakukan pembedahan,brapa lama kena duduk wad dan risiko pembedahan. Rasa risau gak sebab doktor kata selepas pembedahan kena duduk semingu kat icu untuk pemantauan sebab kali ni doktor cadangkan saya guna injap mekanikal atau injap besi jadi perlu dipantau  sepenuhnya selepas pembedahan. Suami pula rajin bertanya akan peratus kejayaan pembedahan ni,dan walaupun doktor kata 80% berjaya tetapi ada 20% berlakunya komplikasi semasa pembedahan dijalankan. Sebab terlalu fikir berapa lama kena duduk wad kami jadi terlupa nak tanya pasal kos. Tarikh pn kami belum tetapkan sebab suami saya sebenarnya bercadang nak saya dibedah pada hujung tahun 2017. Jadi kami tak perlu risau dengan anak-anak sebab kalau musim cuti sekolah mereka boleh dihantar duduk di kampung di bawah jagaan keluarga kakak dan mak saya. 

Untuk temujanji ke 3 di IJN saya dan suami perlu datang pada bulan Julai nanti. Rasanya kami kena decide tarikh masa tu dan kalau ikut plan doktor kata nak buat end year 2016 ni..

No comments:

Post a Comment